Bulan Ramadhan membawa seribu makna bagi aku . Dan pada bulan ini jugalah mengajar kita semua erti kesabaran dan tabah menghadapi segala ujian daripada-Nya . Di sini jugalah aku ingin berkongsi satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini . Dan pengalaman inilah yang mengajar aku menjadi lebih dewasa walaupun usiaku pada waktu ini belum mencecah 13 tahun .
Pada bulan Ramdhan 2008 , ayahku telah di masukkan ke hospital . Dia di masukkan di pelbagai buah hospital salah satunya di HBKL . Dan dia telah di rawat selama 3 bulan , dan sering berpindah2 wad . Pada peringkat awalnya dia hanya di masukkan di wad biasa . Tapi lama kelamaan penyakitnya bertambah serius . Dan mak lah yang sering menjaga ayah ketika dia sakit . Abang ku dan aku juga turut merawat ayah bagi meringankan beban mak . Oleh sebab aku anak tunggal perempuan di kalangan adik beradik , aku lah yang lebih rapat berbanding dengan kedua orang saudara ku itu .
Kami sering bergilir-gilir menjaga ayah meskipun di bulan ramadhan yang penuh rahmat dengan cuaca yang amat panas . Pada suatu petang , aku , chapit (adik bongsuku) dan juga mak telah melawat ayah . Kerana dah beberapa hari kami tidak melawatnya . Ya Allah , rindu ku pada ayah bagaikan 10 tahun tidak bertemu . Apabila sampai diwad , jururawat yang bertugas tidak mengizinkan kami berjumpa dengan ayahku kerana katanya kanak2 tidak di benarkan masuk . Tapi setelah mak memujuk jururawat itu dan memberitahu sebab kehadiran kami , dia memberi kebenaran melawat ayahku .
Seterusnya , semasa kami masuk ke wad itu , tergambar kegembiraan di muka ayahku . Ya Allah , aku berasa sedih apabila melihat muka ayahku ini . Begitu senang sekali melihatnya sebegini . Mak dan ayah berborak borak dan aku hanya memandang karenah pesakit yang ada di hospital . Sungguh malang nasib mereka ! Apabila masa melawat sudah habis , kami terpaksa keluar dari wad . Dan jam menunjukkan pukul 6.30petang . Semasa hendak pulang , aku mencium tangan dan pipi ayahku . Sedih sungguh hatiku ini untuk berpisah dengan ayah walaupun hanya sementara . Tanpa ku sedari , aku mengalirkan air mata .
Setelah itu , kami berjalan pulang menuju ke perhentian bas . Maklumlah kami tidak mempunyai kenderaan sendiri . Yang hanya kami mampu adalah menaiki kenderaan awam , iaitu bas . Kami menunggu dengan penuh kesabaran . Tetapi jam menunjukkan tepat pukul 7.00 petang . Dan waktu berbuka sudah hampir tiba . Kesian ku melihat mak dan adik , keletihan begitu juga aku . Setelah waktu berbuka , mak sempat membelikan air kotak di kedai mamak yang berhampiran . Kami hanya berbuka di perehentian bas . Masyaallah , betapa sedih nya aku pada waktu itu .
Dan pada hari berikutnya , sepupuku telah datang ke rumah . Dan dia telah menyakan khabar ayahku . Mereka tidak akan pernah kisah dengan keluarga kami . Kerana kami tidak mempunyai harta ? barang barang mewah ? Tapi sebaliknya bagi aku . Aku amatlah bersyukur dengan kurniaan ilahi ini . Alhamdulillah . Berbalik kepada cerita tadi . Tidak lama kemudian mereka mengajakku ke hospital dan menyuruh aku menjaga ayah . Agak terkejut kerana pada waktu itu sudah lewat malam . Dan aku hanya mengangguk tanda setuju , kerana aku teramatlah sayang dengan ayahku dan aku sanggup buat apa sahaja demi dia .
.Dan pada malam itu , aku menjaga ayahku di hospital . Semasa aku berjaga , ayahku menyuruhku tidur kerana takut aku keletihan . Aku hanya tidur di kerusi malas yang telah di sediakan pihak hospital . Ya Allah , sakit semua badanku . Kerana kerusi itu diperbuat daripada besi .Tetapi itu tidak menjadi masalah bagi diriku . Yang penting aku dapat menjaga ayahku .
Dan pada keesokan harinya , aku pulang bersendirian . Agak jauh dari wad baru ayahku . Aku berjalan bersendirian ke perhentian bas . Dan jam pada ketika itu menunjukkan tepat pukul 8 pagi . Dan pada ketika itu aku berbisik kepada diriku sendiri ` Ya allah , kuatkanlah hambamu ini dan selamatkanlah hambamu ini dari sebarang musibah`. Walaupun aku hanyalah gadis yang berusia 13 tahun , tetapi aku berani menempuhnya seorang diri di tengah kota yang megah ini .
Inilah salah satu daripada pengalaman yang tidak dapat ku lupakan . Dan pada 28.11.2006 , 12 tengahari ayahku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di wad yang sama ketika aku menjaganya . Ayahku telah nazak pada pukul 6 pagi dan mak tidak berhenti mengajar ayahku mengucap 2 kalimah syahadah . Dan pada malam itu jugalah hatiku tergerak ingin tidur di hospital , aku bersama kakek dan mak . Kerana kakek ( atuk) ku datang dari Indonesia kerana ingin melawat ayah . Mungkin ayahku bertahan kerana menuggu kehadiran kakek . Dan pada pagi itu aku pulang ke rumah , mandi dan bersiap .
Setelah semuanya bersiap , aku datang bersama adik dan abangku . Semasa di hospital , aku dan abangku membaca yassin . Belum sempat aku menghabiskannya , ayahku sudah meninggalkan kami buat selamanya . Aku hanya redha dengan ketentuan illahi . Ya Allah , aku sudah menjadi anak yatim di usia yang muda ini . Ayahku pernah berkata kepadaku `ayah nak tengok anak ayah berjaya , jadi doktor atau pun ahli sukan`. Dan insyaallah aku akan tunaikan semua itu kalau aku mampu untuk mencapainya .
Dan setelah hampir 1 bulan ayahku meninggal , kakek ku pula meninggal . Ya Allah lagi satu dugaan yang menimpa keluargaku . Bagaikan kakek ingin mengikut jejak ayahku . Pada 1 hari , aku telah terjumpa sebuah nota yang di tulis di sehelai tisu .`Puasa pertama pada tahun ini , aku tidak dapat menyambut bersama keluarga tersayang . Sedih memikirkan keadaan anak-anak dan juga isteri . Aku berniat nak buat tahlil arwah untuk ibu , bapa , abang dan kakak ku yang telah meninggal dunia`. Inilah nota yang terakhir yang di tinggalkan ayah . Semoga ayah tenang di alam sana , di ampunkan dosanya dan di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman . Amin . Sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah , hargailah dan sayngilah dia sebaik-baiknya . Kerana merekalah harta yang amat bernilai di muka bumi ini .