Wednesday, February 9, 2011

Shopping with Mia and Iffa


Isnin - 7/2/2011 . Pagi tu aku bangun awal sebab nak pergi breakfast ngn JB . Hihi , then bila nak pergi je beli makan , jumpa si Iffa and mak dia la kan . Hehehe . Aku boleh tipu si Iffa ni pagi pagi . Aku cakap la yg si JB ni cousin aku , PADAHAL ! Hahaha .

Then dalam pukul 1 aku pergi ke rumah Iffa la kan , tunggu mama Mia pick up us and hantar ke w.maju LRT . Then kami bergerak ke tempat yang kami ingin tuju , iaitu di BB . Perghh bnyk gila dress siot . Serious lawa lawa :P Iffa beli dress colour pink , aku colour purple . Bila dah dapat je dress tu , kami pergi makan dan still tgk tgk baju yg lain . Hehehe . Balik dalam pukul 7.30 . Happy gila kelua hari ni sebab dapat jumpa si Iffa and Mia . Sedih je time nak balik :( Nik tak ikut sbb bgn lambat katanya . Anyway , LOVEYOUGIRLS :)

Kursus di Melaka

1st day - Kami berkumpul di restoran sakura kristal , pukul 8 kami semua dah ada kat sana . Aku , abg , Ya , K.fara, K.baby , Shasha and Ayu . 1st je aku sampai , perghh nampak semua org tua je . Maklumla kursus UMNO . Hihi . Then aku buat biasa jela . Dlm pukul 9.40 kot kami bertolak . Sampai sana dalam pukul 11 lebih la jugak . Kami di tempat kan di tempat latihan PLKN . Hutan dan pedalaman . Gila aku rasa mcm askar jgak la . Hihi . Bila dah buat pendaftaran , kami semua pergi tgk bilik . Then terus makan apa semua , patu terus ada ceramah . Aiyoyo baru sampai dah ada ceramah , dengan aku ngantuknya . Haih sabo jelah . Malam pun ceramah , everytime ceramah dol . Hahaha mmg tak sakit pulak kepala hotak aku en . So kami tidur dalam pukul 1 jgklah . Sebab berborak punya pasal . Hihihi

2nd day - Kami bangun pukul 10 . Ha amik kau . Org lain semua dah buat macam macam aktiviti , kami baru nak pergi . Makcik kat situ usha je kiteorg bila masuk dewan makan . Mana taknya , pagi takde , time makan muncul je . Hahaha sumpah lawak . And aku tahu , makcik and minah yg ada kat situ semua ada yang mengumpat pasal kiteorg . Yelah , kiteorg kan pakai baju bebas , sukahati je . Memang kene bahan bualan org la kan . Amboi . Hehehe . Then bila dah tengahari , kami di bahagikan tugas and group . Kiteorg kene buat ala ala PRA UNDI weh ! Siap berarak bagai . Hahaha sumpah bestt and cool gila . Siap gadoh bagai , bajet mcm betol . Hahaha . Then malam and again , di bagikan ceramah .

3rd day - Kami bangun lebih awal dari semalam , dalam pukul 7.30 aku dah bangun . Cehh , aku bangun paling awal . Hihi si JB ni kejut aku la kann :) Besides dah kene sound ngan makcik makcik kat situ so thats why bgn awal . Hahaha . Lagipun pagi tu ada Pra Undi , so dengan semnagat igt aku boleh la mengundi kan . Bila dah pergi check nama umur tak lepas . Teteeettt . Hahahha . Lawaks gila . Apa lg , aku ngan Mira balik bilik sambung tidur . Yuhuuu . Bila ptg dah bgn mandi and kemas apa semua . Kami kene pergi ke Dewan Melaka , sebab ada ceramah yg LAST . Then masa ceramah tu , sedih gila siot :( Abg tu cite la pasal kita punya negara dulu , masa zaman merdeka and umno . Perghh aku dah la cepat nangis , ha amik kau nangis non stop . Hahah padahal bende sikit je . Apa apa pun aku rasa bangga dapat pergi ke kursus macam ni . Yelah sebab bukan semua remaja suka melibatkan diri ke bidang mcm ni :)

Netball

Main netball di hari selasa sempena hari wilayah and LTDL :) Kami bermain di dataran merdeka . Ya Allah panas terik kot . Habis bertambah gelap kulit aku . Hihi tp nasib baik dah biasa :D Then lawan punya lawan , kami dapat num 4 dari 16 team . Alhamdulilah . Actually aku tak kenal pun team yg aku masuk ni , yelah aku ni player import je . Hehe tp best la dorg sporting . Balik je main netball , aku terus pergi mandi sungai di kawasan rumahku , iaitu di Kemensah :) Fun gilaaaaa , dpt pergi kat track motor , tgk org main motorcross bagai . Hehehe .