Friday, December 31, 2010

Good Bye 2010

SPM . Hm tahun ni jugak lah aku mengambil peperiksaan besar babe . SPM tuuu . Hihihi . Tapi aku mcm buat takde exam je . Yelah aku lebihkan bersukan dari belajar . Awal tahun je , busy dengan netball , netball dan netball . Then bila dah habis wakil sekolah , lawan daerah pulak . Elok saja , habis je game tu , aku exam Mid Year . Haaa parah gila result aku , serious aku pun terkejut , 5 failed :'( Tu la nak buat mcm mana , aku pun tak stdy lgsg , takkan nak 5A pulak en . Huh , Impossible sgt . And now tengah menunggu result yang tak berapa pasti tu . Harap semuanya okay . Dapatlah aku melanjutkan pelajaran ke Universiti yang diidamkan oleh semua .

Netball . Haa tahun ni jugak , aku banyak tournament . Tak kisah di mana jua aku mesti ade . Ade sekali tu , coach aku nak hantar g Johor , sebab ada Metro Open Netball , aku memang dah beria sangat nak pergi . Atlast mak aku pulak tak bagi , sebab nak dekat sangat SPM , so tak dpt pergi , sedih gila time tu . Nangis kot ! Hahaha . Wakil sekolah and Daerah untuk tahun yang terakhir . Alahai , sedih sangat . Hm . Tapi rasa bangga sangat , sebab aku bertuah dapat jd wakil selama 3 tahun berturut-turut . Alhamdulillah :)

Next , cite pasal kawan . Okay , banyak sangat konflik yang berlaku . Hahaha , suka , duka , tawa , manis . Haih semua kami alami . Tak semestinya sesuatu hubungan tiada persengketaan . Betul tak ? Ceh ayat BM aku , A+ . Haha . Banyak la , aku dah belajar dari dorg . Thnks ah weh , sebab jd kawan yang baik untuk aku . Serious happy gila dapat kawan yang otak sama gila ngan aku . Hahaha . And ramai jugak org yang jealous ngan kita , sebab kita ni kwn RAPAT sgt dah mcm gf and bf . Yelah ngam je kita 4 boys and 4 girls :) ILOVEYOUALL .

BF . Tahun ni aku couple sekali je . Itupun 2 minggu dengan Ex boyfie aku . Haih , apelah dia tu . Aku harap dia akan berubah la . And sampai hari ni aku still single . Wow . Hebat sangat . Aku rasa freedom weh . Tapi sometimes jealous kot tgk org dating . Tapi apakan daya . Chill kay Darling ? Kau ada kawan kawan . Bf ? Kalau panjang umur , jodoh ada la tu en . Mls nak pk sgt . Better jadi kawan , so taklah sakit sangat en :)

Tahun ni ? Aku boros la jugak oh . Hm asyk beli baju je en , Kasut lg . Haih . Selamat la guna duit aku , bukan semuanya mintak kat mak aku . So takdelah payah sangat . Hahaha . Jyeah I love shopping ! Lagi lagi apabila bergabung kuasa dengan Iffa , Mia and Nik . Sangat la best . Kami suka ke BB, barang dia pun murah , and also uptodate fashion dia . And kami bukan la pentingkan jenama sangat . Tapi kasut , Nose and Vincci banyak collection . Hihi . Kalau aku dah keje , wah lg best shopping . Hahaha .

31.12.2010 . Genap la usia arwah ayah ke 58 tahun . Dah hampir 4 tahun ayah pergi meninggalkan kami untuk selamanya . Hm , semoga roh ayah di cucuri rahmat , di ampunkan dosa dan di tempatkan di sisi orang orang yang beriman . Amin . Al-fatihah . Ain sayang ayah sgt . Kalau ayah masih hidup , mesti ayah akan suka tengok Ain berjaya dalam bidang sukan dan menjadi seorang anak yang lebih berdikari dan matang :'(

Apa-apa pun , aku bersukur sangat di panjangkan umur hingga ke 2010 . Dan berharap agar hari hari yang mendatang akan lebih sempurna . Dan jadikan pengalaman yang lepas sebagai iktibar untuk menjadi orang yang lebih matang dan berfikiran luas :) Bye bye 2010 .

Love : DLS

Monday, December 27, 2010

Rantai 2010

Yeah pada sabtu lepas , kami telah ke Rantai Art Event 2010 yang bertempat di Balai Seni Lukis Negara . Aku dua org je pergi that time . Kami naik public transport (Cab) . 1st time jumpa driver India yang ramah mesra gila dol . Hihihi best sangat , dia bagi advise la , and talk about his experience la . Kami pun , layankan aja .

Okay then , Bila dah sampai sana , aku terus call Nik . Si minah nie pulak tak bawak phone . Grrr That time time kami masuk je nak cari Nik , semua pandang macam nampak hantu di siang hari je . Dahla time tu aku berdua je dengan Mia -__________- Nik punya pasal lah ni . Hihihi .

Bila dah jumpa je Nik , terus hati kami girang . Aku lepak dengan dia , then kami berstory mory la kannnn . Banyak sangat cerita ! Maklumla , lama tak jumpa en en . Then , layan live band and ada live painting . Aku pun berjumpa dengan John Permaidani di sana . Heee .

Next , bila dah petang sikit , Akmal , Zaim and Reza datang . Hm kesian Bobby moto dia rosak kat highway :( So kami kami je ada . Haih . Zaim balik awal sebab nak hujan . Then aku , Mia , Reza and Akmal g KL . Dah makan apa semua aku lepak ngan Haliq and sapa ntah sorg lg . Hahaha . Balik umah dalam pukul 10.30 . Woah penat gilerrrr BUT enjoy :)

Love : DLS

Tuesday, December 21, 2010

Lepaking with Them

Okay . Today aku g hantar buku text . 3 buku hilang , ahahha . Kene la bayar denda , dalam RM30 something . Then after that , jumpa Mia and Nik . Tapi syg , Mia tak boleh lepak , Mama dia mls ambil nnt . Kesian dia . Haih

After that , aku ngan Nik ajak boys group . Hihi, kami lepak di old town , story story . Yelah masing masing jarang jumpa en . So happy gila tadi oh :) Thnks to REZA , BOB , ZAIM and NIK . Miss you all badly . Hmm tapi okay la , atleast dpt jumpa td . And Nik menggayakan Camera baru dia lah kan . Heheh Im so proud with you syg .

Bila dah time lunch , kami makan Mee . Sedap sgtt . Then sambung story lg . Hahaha , tp lepas mkn je , boys semua balik . So tinggal aku ngn Nik je , berdua . Tpi takpa , kami still melepak di Taman la kan . Ambik gambar semua . Hahaha ehem ehem . Maklumla try camera baru dia .

And pada masa yg sama , kami bnyk share cerita . And aku rasa lega ohh . Serious . Funny pun ade . Hahaha . Thnks Nik , kau mmg best doh ari ni . And aku pulok , pelik gila . 1 hari pakai tudung . Wiwittt . Hihihi . Apa apa pun , aku nak ckp yg aku HAPPY WEH JUMPA NIK !

Love:DLS

Lepaking with Her


At first plan bagai nak gila . Semua kata on . At last ? Aku ngan Mia je kelua . Tapi takpe , kami dah biasa . Hihihi . Balik je dari exam , aku terus online then webcam ngan Mia dulu :)
Then dalam pukul 2 dia dtg rumah aku , and hampir setengah jam cari baju , and that time i dont know , we all blur gila . Hahaha hbs baju aku bersepah . Kiteorg kelua rumah dlm pukul 2.30 KOT . Terus g KL sebab nak tgk evening dress and also nak tgk movieee . Masa kat BB en , woah mata aku melilau tgk baju . Too much yg lawa lawa . Serious rambang mata . Hahaha biasalah girl . Bila dah BORING , kami g LOT 10 , mcm mcm kedai kiteorg jelajah . At last stop kat 1 kedai ni . Dari lua , pergghh nampak short dress , HOT GILA ! Bila dah tnye kakak yg jaga tu , Mak ai , shocked jugaklah . Harga dress tu RM1000++ . Tp memang SUPERB doh . Akak tu pun baik hati en , so that dia bg aku try . I feel like , woah gila proud dpt rasa pakai baju yg expensive mcm tu . Hahaha . 3 helai aku try . Semua lawa lawa belaka weh . Bila dah penat berjalan , kami pun mengambil keputusan untuk tgk movieee . And that time dh pukul 6.30 . So cerita yg plg cepat , cite HANTU KAK LIMAH tu haa . Hahahhaa , sumpah lawak ! Memang tak rugi tgk . Aku ngn Mia gelak mmg tak igt la en cita dia . Hbs dlm pukul 8.30 . Then kiteorg g tgk baju LAGI . Tak puas hati betol . Hahaha . Then sampai rumah dalam 10.30 jugaklah . Tapi happy gila dapat jumpa sygg and enjoy la even kelua 2 org pun :) Thnks syg .

Love :DLS

Thursday, December 16, 2010

Dafi`s Birthday


. Happy Birthday Dafi .

Pada 14 Disember aku menghadirkan diri ke Birthday Dafi di Cheras , BUT not as a guest but as a model . For the 1st time jd model catwalk and i`m so nervous . And i`m so proud with myself and also my family and my bff . Thnks for the support :)

Lets start from beginning . Aku pergi dalam pukul 11 dengan Si Nia ni . Dia amik aku kat rumah . Hehehe . Then time nak g ke Cheras Si Nia ni boleh pulak sesat . Hahaha that time srious kelakar gila . And its was very fun experience . Ada ke patot budak KL boleh sesat kat KL jugak ? Agagaga . Tapi tkdelah sesat sgt , just pening sikit nak g sana .

Then kami sampai tepat pukul 12 p.m , and terus g kantin , makan apa semua . Dalam 1.30 p.m kami semua get ready tranning catwalk , mcm mana nak kelua and masuk . Woah serious aku like , WOW gila la weh . Impian aku selama ni nak try catwalk , finally . Hmm Alhamdulillah :)

Next dlm pukul 3.30 p.m , kami start makeup . Our MUA really really crazy . Hahaha . Then event start at 8.30 p.m . Tggu family Dafi tu datang la ape la . Hehehhe , then bila dah start haa amik kau . Gabra gila at backstage . At last okay jugak . Hehehe jalan mcm model profesional . Ehem . Hahah bangga weh , bnyk gila orang .

Bila dah hbs je , kami terus pergi ke bawah and join the party . Yuhuu . Fun . Dpt tgk ONM , and the others buat perfomances . And aku ngn Nia balik dalam pukul 12 baru sampai rumah . penat dia tak ingat punyaa . Yelah mana tak nya 1 hari aku kelua rumah kot . Btw , Happy Birthday Gadafi . May God Bless you . Mwah Mwah <3

Love:DLS

Saturday, December 11, 2010

Maybe


Just one word 'maybe'. Hmm . Kenapa eh ? Baru je nak happy , bnyk je masalah baru muncul . Seolah-olah mcm sengaja . And aku tak phm sgt . Bila dah nak rapat je , mesti ade halangan . Tapi nak buat mcm mana , takkan nak di paksa pulak kan ? Tak Baik . Aku redha je , maybe ade hikmah di sebalik semua ni . Its really hurt . Yeah maybe aku tak sesuai nak ckp pasal bende ni , tapi aku jugak ada hati dan perasaan . Semua org memang la boleh ckp ' chill k darling ? ' Tapi aku yg merasa ni , gila pedih doh . Haih . Tp takpe , setahu aku dah 5 kali aku kene mcm ni . So dah biasa sgt la . Hahaha .

Kenapa lah dia tak nmpk semua tu ? Bukan mudah untuk aku menyayangi org baru dalam hidup aku . But bila mula dah syg , haih . Macam aku ckp la , bnyk je masalah . Maybe betul cakap nik , kami mmg di takdirkan takde pasangan buat masa ni . Tapi aku tak salahkan sapa-sapa dalam masalah ni . Maybe he get own reason , And cuma dia yg tahu tu semua . Anything happen , Im still loving you like before . Seriously . Tpi i tak tau la klu you mcm mana pulak kan .

I feel happy gila and you make me comfortable with you . You bnyk buat i gelak dengan lawak gila you tu and you always dgn muka annoying you tu . Rasa nak tumbuk je muka you . Hahaha . And I takkan lupa , one night tu kita tgk cerita LBS . You tgk kat lappy you , and i tgk kat lappy i . Then you marah-marah sebab si Azmi tu pukul Ayu . Sambil tu , boleh pulak kita on WC , Hahaha . Gila lawaks la . HURM ! Hahaha , i loike when you said that :p And kita jugak always tuka-tuka lagu . Hihihi . Haih , after this tak tau lah kita boleh rapat lg mcm ni ke tidak kan?

Oh ya , kalau la you perasan . That time , you bg tau I about this , genap seminggu kita mula rapat kan ? Hehehe . Whatever it is , kita still can be a good friend . And I hope , you jumpa dgn org yg sesuai dgn you . Maybe I bukan orgnye , sebab ramai lg yg baik dri I . And Im gonna miss our moment :) Thnks okay sbb buat i happy even kejap je i rasa . Kalau lah you baca bende ni , Im so sorry kay klu you marah ke apa ? I just nak you tau apa yg i rasa . And igt ! I tak penah nak blame you walau apa pun yg terjadi . Dont worry kay ? Btw , You are the best thing i Never knew i needed :)

love:DLS

Wednesday, December 8, 2010

SPM 2010

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Agama
  • Matematik tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Lukisan kejuruteraan
  • Tasawwur islam
Inilah antara mata pelajaran yg aku ambil untuk SPM 2010 ni . Est aku drop , then ambil Tasawwur islam as my add paper . Aku tak tau nak ckp mcm mana . Bm , not bad sebab dia bnyk menulis je , so taklah susah sgt . Bi pulak , mcm biasa . Essay aku main buat je ikut kefahaman aku . Then Math , aku suka gila sebab dpt buat . Wiwit for the 1st time , tak tinggal kosong . Kalau sejarah pulak , tu aku main ikut suka aku je apa yg nak tulis , sebab aku pun tak baca sgt . Pening kepala , bnyk sgt . Hahaha . Agama ? Aku suka sgt , sebab ni mmg kelakuan kita hari-hari so takde masalah nk menjawab . Add math ? Hmm ni aku lemah . Dah la aku tak pernah lulus , kalau SPM aku ni aku lulus . Wow sungguh ajaib doh . Hahaha . Fizik , paper 3 awal-awal aku dah salah -______- Gila sedih ah . Hmm . Chemist boleh la even aku tak tau , tp boleh la jawab . Tasawwur islam , aku tk pernah belajar lgsg , and tak pernah buka buku dia . Time SPM je ni , aku belek-belek sikit . LK ? Insyaallah . Apa-apa pun result yg aku dpt nnt , aku akan redha je . Sebab aku pun tak study hard , so takkan nak target A pulak kan ? Hahaha mmg tak lah . Serious , aku ni jenis yg pemalas nak buka buku . Baru 5 minit buka , dah mengantuk . Zzzz . And aku tak terget dgn 3 subject (Addmath , Physics , Chemist) . Aku kalau lulus pun , syukur alhamdulillah la . Apa-apa pun aku dah berjaya ambil SPM :)

Monday, December 6, 2010

Netball

Kisah ni hari sabtu pulak , 4 dis 2010 . This day jugak Birthday akmal :) Tkpelah semalam kan dah celebrate sama-sama :) Aku bgn dlm kul 6.15 , mandi apa semua then siap-siap dlm pukul 6.45 dah menunggu coach aku kat bustop Zoo . Dlm pukul 7 jugak la dia sampai -_- Hurm after that g amik player yg lain . Oh ya lupa bg tau , kami main netball di Putrajaya peresint 18 :)

Dlm 8 lebih kami sampai kt sana . Then terus daftar ape ntah . Tunggu lama gila nak start . Menyirap gila . Dh la mengantuk and bdn letih smlm pun tak hilang lg . Adeh . That time boleh pulak , hujan . Zzzz lg la tambah ngantuk .

Game start dlm pukul 11 . And hujan renyai-renyai . Tapi kiteorg main jugak . Thnks god la , time tu aku main pun tak hancur mana , dapat defend org gila-gila , tak bg lepas punya . Hahaha . Semua game yg kami lawan tak kalah lgsg babe . Gila terkejut ah . And yg paling best prize for 1st place RM3+++ . Lg lah tambah semangat :P

Alhamdulillah , finally geng kami dpt num 1 :) Even takde player state , tapi kami berjaya kalahkan player state for selangor tu . So amatlah bangga :P Hbs je game tu , kepala aku mcm nak pecah ,yelah dah kene hujan , tak mndi terus so mmg nak demam la cita dia kan .

Smntara tunggu tu , ade perlawanan bola pulak . Lg lah kene menunggu . Again . Haih .At last ambik hadiah dlm pukul 6 . Lepas tu , sis player state tu , boleh pulak offer aku main untuk Selangor . Woooo , serious proud gila . Tak di sangka-sangka :) Hhahaha . Apa-apa pun , aku happy sgt dpt main netball , sebab tu mmg hobby tetap aku . Di samping dpt menyihatkan badan ye . Wahh ayat . Maybe BM dpt A+ :P

Love : dls

Akmal Azman

Dear Brotha ,
Happy Birthday Akmal Azman

Pada jumaat 3 dis 2010 , kami telah membuat satu kejutan untuk ini orang . That time, konon-konon nak buat suprise kay rumah aku . At last tak jadi . Okay lets start story . Dalam pukul 12 macam tu my girls dtg rumah , then kami melepak jap , bergossip ye . Then time lepak minum kat kedai , nmpk Si Akmal ni nak g semyang jumaat . That time i was like ' alaaaa , dah kantoi ' Yelah , kiteorg tak bg tau dia pun yang nak buat semua ni , dah kata suprise . Hahaha , then after that Bob and Reza dtg . 3rd dtg , Zaim and Ariff . Then yg pling last , Pipi , Pjool and Danny . Hihihi .

Lepas je dorg semua ada , kami berjalan ke rumah Akmal . Gentle mcm nak g meminang ! Hahaha , dahla that time bawak cup cake apa bagai . Reza and Bobby g naik moto , konon-konon nak ajak study la . Tu la cite dia . Then apa lagi ,bila kiteorg dah sampai rumah dia , terus nyanyi lagu birthday untuk dia . And time tu , muka dia amatlah terperanjat and dia shaking doh :P Tak pernah nampak dia mcm tu before this . Time tu aku pulak yg nangis * takde kene mengena pun padahal . Tapi terharu lah jugak kan:)

Bila dah buat kecoh mcm tu , Papa Akmal suruh g minum kat kedai , dia belanja . So apo layi , terus lah gi melantak . Maybe lapar ? Mmg pun , dri pg kosong je perut aku . Hahaha . After mkn , dalam pukul 4 lebih , kiteorg g mandi kt Isi Rimba . Air dia sgt sejuk wooo . Serious . And biasalah , aku ngan Iffa je yg paling aktif . Hahaha , kami mandi mcm org gila . Maybe happy ?

And yg lain semua naik awal . So bored -_- Yg tinggal aku , Mia , Iffa , Pipi and Danny je . Bob and rezza balik awal , sebab ada hal . Zaim and ariff pun . Patu balik tu , tinggal aku , Mia , Iffa , Nik , Pipi , Pjool and Syahrial je . Kami lepak depan rumah ku . Bergossip lagi :P

And Iffa balik dulu , dalam 7 stgah . Pipi , pjool and danny balik dlm 8 lebih kot . Then yg plg last Nik and Mia . Woo serious , time ni aku happy gila weh :) Dpt celeb dgn kawan-kawan baru , dgn geng aku semua complete . Hehehe . Btw AKMAL AZMAN , happy birthday adik 1 bulan 1 hari . Thnks tau weh , sebab selama ni kau ade je 'melekat' ngan aku . Hahaha , sabar ngan perangai aku . Aku harap kau berjaya and dpt GF lagi better dri dia kay ? Dont worry :)

Love : DLS

Tuesday, November 30, 2010

My Girls

Nik Amirah . Mia Amira . Tengku Iffa Orencia


Serious korg mmg fun and penting dalam hidup aku . Korang dah jadi sebahagian dalam hidup aku . Thnks to god , sebab ada kawan yg macam korg . Otak gila . Gedik . Hahahaha .Baik . Fun . Memahami . Cantik . Pandai . Ceh puji geng nmpak . Hahaha , hakikatnya memang begitu .

Nik Amirah . Haa si budak blur ? Hahaha . Dia ni dlm geng kiteorg dia yang plg excited . Semangat setia kawan dia mmg bagus . And aku suka kawan ngan dia . Kenal dia dari darjah 6, padahal sama sekolah rendah , tp rapat time darjah 6 pulak . Hahaha . Time dulu , dia nia ala-ala tomboy kot .Time tu aku ngan dia rock , dressing nak mcm lelaki je . Hahaha . Naik sekolah menengah je , kami dah berubah . Aiceceh , tp perangai still sama .Tak pernah cover cun kat sekolah , sbb maybe tak cun , maybe humble . Hihihihi . Form 1 and Form 2 aku sama kelas . Then naik form 3 , aku naik kelas la kan . Maybe pandai sikit dari Nik :) Tapi tu tak penting pun , yang penting sebuah persahabatan yang terjalin . Heee , Nik ? Dia seorang yg berdikari jugak la , tp susah nak bawak berbincang . Dia ni kuat melenting and pantang ajak gaduh . Luaran nmpk brutal , tp dalam hati ada TAMAN . Hahaha . And 1 perangai dia yang annoying sangat , bila org cakap je , mesti dia tak dgar and blur .Lepas tu bila org story blk , sibuk nak tnye Sape ? Bila ? Oooo korang tak pernah cita kat aku kan . Padahal ? Dia juga photographer peribadi kami . Dia sngat minat dgn bidang photography ni . Even dia pakai camera compact , tp gmbar dia semua cun . I'm proud with you syg . Aku harap kau dpt capai apa yg kau hendak dri sekolah lg . Kau nak ada studio sendiri , and at the same time jd MUA (makeup artist) . Amin . Ha lg 1 , klu time dia tengah berckp , tak kira la apa topic pun mesti dia akan pandang aku then ckp 'kan Ain kan?' Hahaha , seolah-olah every single word nak aku confirmkan . So funny la you . When naik form 5 , ehem ehem dia dah berubah sikit . Jd lebih matang dan bersifat lebih keperempuanan . Alhamdulillah . Hope kau dpt bf yg boleh jaga kau dgn baik eh ? Hihihi . LOVEYOUSOMUCH !!


Mia Amira . Si budak plg kecil dlm geng kami . Hihihi , jgn marah syg . Dia ni antara kwn aku yg rapat . Aku mula kenal dia form 3 . And time tu pun Nik yg ajak dia masuk geng kiteorg . Duluaku kurg minat ngan dia ni , sbb dia ni budak baru lg 1 ntah la . Hahaha , patu lama kelamaan haaa amik kau close gila . Dia ni matuared , senang bawak berbincang. Tp once dia dh menyampah org , amik kau . Hahaha . Ayat dia semua pedas . Dia cun ,dia putih . So ramai minat dia :) Dia juga suka bg pandangan yg baik . Tak kira la apa pun . About dressing or attitude . Dia ni pulak , plan nak ambik fashion designer . So i will support whatever she take . And aku harap dia berjaya and aku boleh la jd model dia. Hihihi . Mia ni , dia seorg yg cool , gila-gila . Dia follow je ape kiteorg buat and tau jage perasaan kawan . Aku rasa aku tak pernah gaduh ngan dia ni , adelah kot skali . Ohh that time sedih gila . Smggu babe , tak berckp ngan dia . At last aku bg tau jugak asal aku tk tegur dia . Hehehe , hope nnt dia dpt bf yg MORE BETTER . Cuma kesabaran je yang penting . Yelah kite student lg . So , mmg tak lyk pun nak fikir about LOVE . Btw Mia , ILOVEYOUTOOMUCH ! Seriously .


Tengku Iffa Orencia . Si gadis yang bnyk mulut and pot pet pot pet . Hahaha, bnyk sgt aku nak tulis pasal dia . Sbb dia partner lesboo aku . Hahaha . Dia ni aku kenal since form 2 , time tu aku kan smpai awal and terus lepak kat kantin sementara tggu Nik dtg , then ada dia ni . So aku lepak jelah , dia ajar aku math pulak . Hehehe , thanks iffa :) Dia suka merepek mcm aku , otak gila , budak yang ganas tapi ade pendirian yg tetap . Aku suka dengan cara dia . Dia juga seorg budak yg pintar la kan . Clss 1st dri dulu smpai sekarang . Dia juga seorg yg berani . Dia tak too serious , always buat lawak bodoh dia tu. Hahaha . Ayat 'maybe' always ada dlm every word yg nak di ckp kan . Iffa jugak ke-2 tinggi di dlm geng aku . Dia suka sukan , cm aku jugak . Kami msuk lompat tggi bersama . Elok sje , aku dpt num 2 , dia num 3 . Hahaha . Best gila time tu . Hbs tudung terbukak . Sbb ganas sgt . Ahahaha . Dia pulak nak sgt jd Farmasis . Maaf iffa . Terpksa eja dlm BM , sebab aku tk reti eja . Heee , English dia sgt gempak . And thats why dia amik English Lit . Brilliant sgt katakan . She love to play around . Love ? No comment . Hhehehe , same like Mia and Nik , i wish you stay with your lover bebeyh .
IDOLOVEYOUGILA-GILA IFFA !

Thursday, November 25, 2010

Ne-Yo and Bruno Mars


Bruno Mars ? Same like Ne-yo. Suara Mantap . And lebih kurang Ne-Yo je . Aku suka gilaaa dia weh . And here his song : Talking to The Moon , Who is , Just The Way you Are , Rest Of My Life ,Grenade , Run away Baby , Nothing On You , Marry you , All she knows , Count On Me , Her world Goes On , Our first time , The lazy song , Again , Dream taker , Starting today , All about you , Dancing In the Mirror . So have fun <3

Ne-yo ? Oh My Gucci . I do love him . Gila best when dengar lagu-lagu dia . Serious semua nya mmg makan dalam . Wah . Hahahaha , dia ni mcm appriciate girl gila-gila punya . Dahla pandai dance and suara pun bukan main sedap lagi . One day , hope i can meet him and give a big hugs ^^ Opsssyyyy . Check out his song : Part Of The List , One in A million , Do yo , Single , Mad , Never knew I needed , Beautiful Monster , Better Today , Easy , Im in Love , Can we Chill , I know , In the Wayy , Miss Independent , Lie to Me , Over my Head , So sick , Together , Sexy Love , Because Of you , In the Way and banyak lagi <3



Monday, November 15, 2010

15 NOVEMBER 2010



Hanya zaman persekolahan saja yang mengajar erti sahabat dan remaja , Dan bila zaman itu berlalu nescaya ia takkan kembali lagi , Masa ini jua kita membawa haluan masing-masing , Mungkin sukar untuk kita bersatu kembali dalam 1 tempat sekecil bilik darjah , belajar , bergurau , kekantin , ke tandas bersama . . . Terbukti zaman pelajar adalah zaman remaja yang sangat sukar untuk di lupakan , Mungkin 1 hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman remaja dan persekolahan anda . .

Pada hari ni juga , kiteorg last menghadirkan diri ke perhimpunan . Yelah , lepas ni , tiada lagi nyanyian sekolah , dengar cikgu membebel pasal masalah displin pelajar , ponteng sekolah . Tiada lagi naik pentas untuk mengambil hadiah dari cikgu . Haih . Semuanya berlalu dengan pantas sekali . Semua orang terasa ingin hendak berhenti sekolah dengan cepat , bagi aku pulak , aku nak sentiasa bersekolah .

Lepas ni jugak , takdelah aku merasa nak naik van lagi , yelah sebab aku g sekolah naik van . Mesti rindu dengan Pak cik Van . Dia dah lah sporting . Hehehe .

Bila pagi-pagi pulak , aku akan rindu apabila turun je dari van , mesti jumpa Mia and Nick dulu kat 7e . Hehehe , pukul 7 dah terpacak depan 7e tunggu aku . Ya allah weh , sumpah aku rindu doh nanti :( Bila dah berjumpa je , mula lah , pagi-pagi dah ada gossip . Dan kami akan bercerita sepanjang nak masuk ke sekolah . Bila dah sampai dalam sekolah pun tak hbs lgi . Hahhaha tk tau lah apa yang seronok sgt bercerita :p

Then kami akan rindu jugak , makan dekat kantin . Mana taknya , kami lah kumpulan perempuan yang mkn nasi di sekolah weh ! Hahahaha takde nak cover-cover . Errr poyo je yg cover tu . Tp kami belasah je, dan time tu semua org akan pandang kami . Hhahaha maybe makan comot ? Arghh peduli ape aku , bukan mintak duit kau pun nak beli makanan . Hahaha

Bila dah hbs rehat , kami naik tangga dengan senang hati . Yelah lepas mkn , perut kenyang so suka lah hati . Hhahaha , gelak mcm org gila . Tak ingat dunia :P Lepas tu , lepak ngan dorg semua depan class aku (geng akulah) . Mula lah si Bob akan mengacau salah seorg dari kami . Baling ais lah , cubit lah .Hahaha tapi takpe , tu semua dah biasa :)

Yang paling akan aku rindu , kacau budak junior weh ! agaggaa , then bila dorg dah menyirap dengan kiteorg , mesti dorg akan bagi tau cikgu kaunseling , then mula lah muka kami di hadapkan ke cikgu dan di beri kaunseling ! Hahaha , damn funny . Adoi .

Tak lupa juga , budak class aku yang paling gila ah . Sumpah dorg memang perangai sama mcm aku . Even class num 2 , tp masyaallah . Smpaikan cikgu pun menyampah nak masuk class kiteorg sebab dia tak suka . Hahaha , tp kami ade time sgt lah baik ( ehem puji diri pulak en ) Tapi apa-apa pun aku syg gila dengan 5Af . Korg mmg best :)

And to my geng , lepas ni korg mesti akan sambung study kat mana-mana . Dan time ni kita kan buat haluan kita msing-masing :( Jarang sgt dpt berjumpa . Ya Allah , sedih nye aku nak pisah dengan korg weh . Lepas ni aku mesti akan rindu gelak Nik and perangai dia yang blur tak sudah tu , Mia my syg also im gonna miss you baby , Iffa otak gila , kau memang geng aku . Tapi gila-gila pun korg semua pandai , so baguslah :) To boboys , awww ahhahha aku pun akan rindu korg . Bobby , akmal , reza and also Zaim .

Harap , kita berjaya ye :) sampai ke menara gading tau , kalau tak dpt , kau try je dptkan . Hahaha . Last but not least, aku nak korg tau yang aku sygggg korg sgt2 . Serious ! Just harap , korg takkn lupa every moment yg kita pernah lakukan bersama okay ?

Love: dls .

Monday, November 8, 2010

Hari Kehancuran


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Wednesday, November 3, 2010

My birthday

Today genap saya berumur 17 tahun . Wahhh , makin membesar lah saya :) Terima kasih di ucapkan kepada bonda tercinta , Ainurmala bt Saini dan ayahanda ku yang telah kembali ke rahmatullah , Hj Ishak Bin Hj Abu Samah . Tanpa mereka saya tidak akan melihat dan lahir di bumi ini . Dan sampai ke hari ini , saya amatlah bersyukur kerana panjang umur dan boleh menyambut ulang tahun yang ke-17 .

Tidak lupa juga kepada rakan karib Nik , Mia , Iffa , Akmal , Bobby , Zaim and Reza, I love you all . Thnks sebab celeb birthday . Even tak sambut gila-gila , cuma karaoke je , bagi aku itu cukup indah sekali :) And i hope our friendship stay longer . Terima kasih juga kerana telah menjadi sebahagian daripada hidup aku . Korg memang best ! mmwwwhhsss .

Dan pada tahun ini juga , kami terpaksa bekerja keras lg kerana kami bakal menghadapi peperikasaan SPM . So good luck all of you . Semoga Allah permudahkan kita menjawab kelak , dan juga ingat segala yang telah di ajar oleh guru . Amin . Ohh ya , thnks juga kepada rakan-rakan di facebook yang dh wish my birthday . Thnks sgt-sgt . Hehehhee happy gila bila dapat ramai wish :) Last but not least , i`m glad you always by my side wheter i`m happy or sad .

Love: DLS

Sunday, October 31, 2010

Netball





Pada 31.10.2010 , aku main netball at PJ . Alhamdulillahkami dapat tempat ke 3 drpda 24 team :) Rasa bangga gila , sebab banyak best team cos dorg ade yg main for state . And heba-hebat belaka . Time nak ke separuh akhir , kami kalah dengan 1 kumpulan ni . Pergghh GS dia lg tinggi dari aku , bayangkan , aku cuma tinggi paras bahu kot .

And sepanjang hari tu jugak , kami hanya kalah 1 game je dengan team td tu . Alaa itu pun klh tipis sangat 5-7 . Dan itu pun kami main tk push sgt sebab dah tau dia akan menang. Hhahaha sebab kat mne je ade game , ade lah muka dorg tu .

And prize die lumayan jugak lah , 1st dpt RM1500 , 2nd RM1000 and 3rd RM800 . Tapi di sebabkan kami ade 8 org je 1 team , dptlah hundred sorg . Hahahha sgtlah berbaloi dengan kulit aku yang makin rentung ni . Tapi aku tk pernah nak kisah dengan warna kulit aku :) Sebab ini semua demi sukan .

Dan antara player kami ialah , aku ,Benon , Nia , K,ju , K.Shira, Shahiba , Kak jaja , and ade sorg akak tu aku lupa . Heeee . Gabungan yang mantap lah jugak di antara kami , walaupun ade terselit budak sekolah sorg , aku lah tu . Hahhaha tapi kami berjaya di tempat yang ke-3 . Alhamdulillah . Apa-apa pun aku enjoy sgt :)

Love: Dls

Graduasi 2010



Hari graduasi ? Fuyoohh mcm dekat U pulak kan ? Hhahahaha actually untuk high school form 5 . Yelah kami kan bakal meninggal kan sekolah . Dalam pukul 1 aku gerak g umah iffa , then make up di sana . Sementara tunggu shida dan shuhada . Then kami agak lambat . Aku tolong make up kan shida . Fuyooo 'darling make up kan org ?' Hahahhaa . Jarang skali nak tgk aku make up kan org . But okaylah , nic for her :)

Then kami bertolak dalam pukul 2 lebih , naik bas dengan budak gila . Hahahha , sape lg my girls lah . Lama tk jumpa nik , dkt smggu kot . Rinduuuuuuuuuuuu :p Patu dh smpai sane kami kene pkai jubah la pulek , yelah nak naik ke pentas kan ? Nak cite pulak , time nak naik pentas tu , punya lah menggeletar 1 bdn , yelah kami kan tk penah berbuat sedemikian :) And boleh pulak pakcik yang nak bg sijil tu ckp kat aku mcm ni ' Tingginye awak ni' Hhahaha tkpelah pakcik , dh biasa dengar dah :)

Then bila dah hbs tu , dia mcm tunjuk video about us la . Nasihat guru , aktiviti2 spnjg form 5 . Haih , sedih siot nak tinggal kan sekolah . Yelah , lepas ni mana ada lg nak makan nasi kat kantin , rehat sama-sama , dengar cikgu membebel tp untuk kebaikan , gadoh ngan junior and kawan2 , 'pow' air nik , gelak tawa kami semasa naik or turun tangga , mana ada dah suara riuh kami menjerit mcm org gila . Haih semua tu akan menjadi kenangan yang abadi .

Aku tknk habis sekolah , aku nak sekolah je . Sbb apa , time sekolah la hidup senang . Tak pyh nak pk apa2 . Tp kene belajar je . Alah , tu simple je . Kalau dh keje ? Nak kene tanggung itu , ini . Banyak sgt masalah . Haih . Apa-apa pun aku bangga sekolah di SMK LEMBAH KERAMAT , even org ckp sekolah kiteorg nie ' sekolah boyan' . Bg aku tu semua tk penting , yang penting otak kita , sbb ilmu semua sama je . Apa-apa pun , good luck to all SPM candidates :)

Love: DLS

Friday, October 29, 2010

Pengorbanan

220850.27.10_u

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ku juga benar-benar cinta padamu,

Dan kumenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

Di petik dari facebook, dan sekadar ingin berkongsi dengan anda semua :)

Love;DLS

Wednesday, October 20, 2010

Rabu

Today 20/10/2010 . Aku bgn pagi dengan harapan yang sangat bermakna . Dan tibe tibe teringatkan ayat dia malam td yg berbunyi ` Belajar rajin-rajin2 , jgn hancurkan harapan mak dan ayah , buat yang terbaik untuk SPM` . Serious tak sangka aku akan sedih gila bila ingat balik kata-kata ini . Seolah-olah macam dia hendak pergi jauh meninggalkan aku . Bila pagi tu , aku tunggu van seorang , then suddenly air mata aku mengalir tanpa aku sedari . Mungkin aku sedih sebab kata-kata tu , mungkin sebab lain . Haih . Sepanjang perjalanan ke sekolah , aku tak berhenti menangis sampai lah aku tiba di sekolah . Today Mia tak dtg , just Nik and Iffa je . Baru duduk dekat tapak perhimpunan , dah kene panggil dengan cikgu Fauzi(PK HEM ) . Rupa-rupanya aku terpilih untuk mengikuti Seminar SPM . Dan aku rasa bersyukur . Aku pergi ngan Nora , my classmate . Kesian dia , mata bengkak , sebab menangis sepanjang malam . Dan dia mengadu segala masalah dekat aku , dan sedangkan aku ? Hanya memendam seorang diri :(

Kami di hantar oleh teacher Umi , ke SMK DARUL EHSAN .
Dalam pukul 8.30 kami sampai dan terus membuat pendaftaran . Sesi bermula pada pukul 9 sampai 11 . Itu seminar BM , then di ikuti dengan Math and Sejarah . Best plus aku ngantuk gila babss and takde mood . And aku takkan lupa kata-kata seorang penceramah tu 'Jangan jadikan status Anak Yatim sebagai alasan untuk tidak berjaya , sesungguhnya Anak Yatim telah di muliakan olehNYA` Thnks lah sebab bende nie memang menyedarkan aku sangat-sangat . And aku balik dalam pukul 6 . Pergh penat gila ,and terus online sebab nak share cerita untuk hari ni . And until now , im very upset and dissapointed . Haih And i keep listening Just The Way you Are when i feel sad , cos that song really meant for me :(

Love:dls

Sunday, October 17, 2010

Himpun Rantai




I dont know how to describe ,but i really enjoy with my girls . Lets join this event at Balai Seni Lukis Negara . Any information , ask my friend , search on FB : Nik Amirah Nik Zulkifli .

Love: DLS

Friday, October 15, 2010

BF ??

Bf ? Perlu ke ? Yah , ramai org berpendapat , budak sekolah seeloknya belajar dulu la , apelah , and blah blah blah . Tp kan , sekarang sgtlah advance , perrghh budak2 lg da ade bf . Hahhaha sometimes rse lawak jugak , yelah kite yg bosar panjang nie pun still single inikan pula budak setahun jagung . Alahaiii . Ade pulak yg syg bf sampai sggup bg anythg kt bf dorg . Haih ,kdg2 lelaki test je just nak tgk perangai korg nie mcm mne , tp korg tu cepat sgt termakan dgn kata2 SWEET TALKER di luar sana . Tapi tk semua mcm nie , and jgn salah anggap pulak . Cite pasal Bf nie , haaaa kisah aku pulak . Memang aku akan rasa jealous sebab ape , kenapa dorg ade bf sedangkan aku ? GF ade lah . Heeee , tp aku bersyukur jgak . Then klu kelua je , mesti je ade org dating dpn aku . Errr menyampah betol . Kdg2 teringin sgt nak dpt Bf yg sweet , tk amik kesempatan , caring , syg kita , understanding , gila2 , not too serious but ade msenye lah . Itu antara ciri Bf yg aku nak lah . Tp ciri husband pulak lain . Hahhaha dan itu lama lagi bg aku sebab aku still remaja . So mls lah nak pk pnjg smpai ke situ . And aku tk penah rse nikmat ade Bf , even da couple ngn Ex aku , tp hampeh -_- . Die bukan nak phm aku , sebaliknya pulak perangai die . And selalu geng kiteorg akan duduk 1 tmpat and always mengadu masalah masing2 , sometimes yg peliknya dorg selalu tnye 'kenapa kita tkde bf? , kenapa kita tk pnah dpt bf yg sweet mcm org lain ?' Funny gila , yelah klu nk tgk , kami nie tkde lah buruk sgt rupenye , tp okaylah just nice . Hahahaha . Tp kami still bersabar :)
And aku suka gila , kalau someone bg lagu kat aku , lg2 klu lirik tu mmg tepat dan padat . Lg lah aku akan always dengar je lgu tu tnpa rasa jemu . And aku suke klu die bg coklat or bunga , yelah dah itu mmg keinginan mana-mana perempuan :) Lg ? Aku suke time dia main2 rambut aku or akan belai kepala aku . OMG! Hahahaha , serious sweet doh klu someone yg mcm nie jd bf aku . Amboi bertuah la aku . Heeee , yelah aku hanya merancang tetapi yg Di Atas menentukanNya . Susah nk dpt lelaki yg ikhlas . Ade memang ade , tp kalau hati kate tidak ? Tkkn nak paksa right ? Itu sama je mcm kite bg janji2 palsu . Ape2 pun aku akan terus bersabar dan bawak status single nie until aku jumpa yg betol2 sesuai dengan aku . And aku tk mintak yg perfect, tetapi cukuplah setakat dpt membahagiakan aku and happy je beside him :) And im gonna love him like he love me too . Awwww . Hahahaha . Mudah-mudahan . Cepat atau lambat je, yang penting kitee kene sabar :)

Love;DLS

Me and you.




Kimora Lee Simmons



Kimora Lee Simmons (born Kimora Lee Perkins on May 4, 1975) is an American fashion model, author, and the president and Creative Director for Phat Fashions. Formerly the Creative Director of Baby Phat, Simmons became CEO of Phat Fashions after ex-husband Russell Simmons stepped down. A 2007 reality television show, Kimora: Life in the Fab Lane, focuses on her life as a mother and CEO of Phat Fashions. She has appeared in music videos and was a judge on the first season of America's Next Top Model. She was scheduled to return to the show as a judge starting with cycle 14, however, she changed her plans and will not return to the show as judge.

Early life

Simmons was born in St. Louis, Missouri and is of Asian and African American descent. Although her mother, Joanne Perkins, was born in Korea, she is Japanese. Perkins was adopted by an American serviceman during the Korean War and she now goes by her own mother's Japanese name, Kyoko. Her father, Vernon Whitlock Jr., is African American. He has worked as a Federal Marshal, a Social Security Administrator, and a barber in St. Louis.

Growing up in the northern St. Louis suburb of Florissant, Missouri, Simmons was the target of schoolyard bullying and teasing, because of her height (she was 5 feet, 10 inches tall by the time she was 10 years old) and mixed ancestry. To help Simmons, her mother enrolled her in a modeling class when she was eleven years old. Two years later she was discovered by Marie-Christine Kollock (a representative for seminal Paris Agency Glamour) at a Model Search in St. Louis (organized by Kay Mitchell) and sent to Paris. Simmons was awarded an exclusive modeling contract with Chanel and just after her thirteenth birthday, went to work under the tutelage of famed Chanel designer, Karl Lagerfeld.

Wednesday, October 13, 2010

Once Upon A Time





Kisah bermula apabila k.ju msg ajak ke Ayon Bistro katenye . Dhla time tu aku tgh update blog , nak tknk aku kene habiskan dan bawak lappy ke sana :) Dalam pukul 8 lebih nak dekat pukul 9 kami dah terpacul di sana . Dan setelah berborak , tkde bnde nak buat haaa amik kau . Hahahhaa , mulakan la aktiviti kami . Iaitu bermain dengan WC lappyku :) Then dah penat buat muke , masing2 pulang ke rumah pukul 10 . Perghh bila tgk balik muka sorg2 pecah perut nak gelak . Tp fun gila even lepak bodoh2 mcm tu :)

Love : DLS

Tanda-Tanda Kematian Seseorang

100 hari sebelum kematian :
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka-mereka yang di kehendakinya . Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja . Tanda ini akan berlaku lazimnya selepasa waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil .

40 hari sebelum kematian :
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar . Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang bertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah . Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediannya ke atas kita sepanjang masa . Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi , mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika .

7 hari sebelum kematian :
Adapun tanda ini akan di berikan hanya kepada mereka yang di uji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan .

3 hari sebelum kematian :
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiiri . Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti . Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat di kesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi . Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam . Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan .

1 hari sebelum kematian :
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya .

Tanda akhir sebelum kematian :
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum . Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula .

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5kali :
1.Aku rumah yang terpencil , maka akan sennag denagan selalu membaca Al-quran .
2.Aku rumah yang gelap , maka terangilah aku dengan selalu solat malam .
3.Aku rumah yang penuh tanah dan debu , bawalah amal soleh yang menjadi hamparan .
4.Aku rumah ular berbisa , maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya .
5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir , maka banyaklah bacaan Laa ilaa ha illallah , Muhammadur Rasulullah ? Supaya kamu dapat menjawabnya .

Sumber: Tausyiahislamiyyah

Love:DLS

Sunday, October 10, 2010

10/10/10




Hello :) This date was awsome day . My mum adelah buat mkn2 sikit for my bff . So agak penatlah tolong mak masak . Hheheeh tp tkpe , demi dorg kan . Actually sorry , buat nie pun no plan. Tggu dorg datang around 1 jugaklah . My girls arrived first then boys . After makan iffa nak balik awal -.-So die sorg je tk join kiteorg . Kiteorg g mandi waterfall dkt ngan my house . Even duduk dekat pun , jarang gila nak mandi . Air sejuk gila , yelah sbb baru lepas hujan . Mandi tak sampai 2 jam , tangkap gambar je lebih . Hhahaha , dah balik tu mereka makan for the 2nd time . Yelah , lepas mandi mestilah lapar . Petang tu Bobby , Reza , and Zaim balik dulu . Mia and Nik blk lmbt sikit . Anyway , this date bring a lot of happiness for me . Thnks <3
love:DLS

Friday, October 8, 2010

Aku dan Dia . . .

Suami saya adalah seorang jurutera , saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar dibahunya . 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan . Saya harus akui , bahawa saya mulai merasa letih , lelah , alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan . Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus .

Saya merindui sat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya . Tetapi semua itu tidak pernah saya perolehi . Suami saya jauh berbeza dari apa yang saya harapkan . Rasa sensitifnya kurang . Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami , telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal . Suati hari , saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya , bahawa saya inginkan penceraian . "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut .

"Sarah letih , Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan ,"Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya , nampak seolah-olah dia sedang mengerjakan sesuatu , padahal tidak . Kekecawaan saya semakin bertambah , seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya , apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya ? Dan akhirnya dia bertanya .

"Apa yang abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Sarah?" Saya merenung matanya dalam diam-diam dan menjawab dengan perlahan . "Sarah ada SATU soalan , kalau abang temui jawapannya di dalam hati Sarah , Sarah akan mengubah fikiran Sarah ; Seandainya , Sarah menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung-gunung itu , abang akan mati. Apakah yang abang akan lakukan untuk Sarah ?"

Dia termenung dan akhirnya berkata , "Abang akan memberikan jawapannya esok . "Hati saya terus gundah mendengar responnya itu . Keesokan paginya , dia tidak ada di rumah dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan ,"Sayangku , abangku tidak akan mengambil bunga itu untukmu , tetapi izinkan abang untuk menjelasakan alasannya . " Kalimah pertama itu mengahncurkan hati saya . Namun , saya masih terus inign membacanya .

"Sarah boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor . Abang harus memberikan jari-jari abang supaya boleh membantu Sarah untuk memperbaiki program tersebut , "

"Sarah selalu lupa membawa kunci rumah ketika Sarah keluar , dan Abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu , dan membuka pintu untuk Sarah ketika pulang "

"Sarah suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Sarah kunjungi , abang harus mencari Sarah dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Sarah pulang ke rumah "

"Sarah selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Sarah datang setiap bulan , dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan mengurut kaki Sarah yang sengal itu "

"Sarah lebih suka duduk di rumah , dan abang selalu risau Sarah akan menjadi 'pelik' . Dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Sarah di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang abang alami"

"Sarah selalu menatap komputer , membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan Sarah. Abang harus menjaga mata abang agar ketika kita tua nanti , abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu "

"Tangan abang akan memegang tangan Sarah , membimbing menelusuri pantai , menikmati matahari pagi dan pasir yang indah . Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar indah seperti cantiknya wajahmu"

'Tetapi sayangku , abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati . Kerana , abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian abang . Sayangku , abang tahu , ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada abang mencintai Sarah . Untuk itu sayangku , jika semua yang telah di berikan oleh tangan , kaki , mata abang tidak cukup bagi Sarah, abang tidak akan menahan diri Sarah mencari tangan , kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Sarah" . Airmata saya terus jatuh ke atas tulisannya , dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi .

"Dan sekarang , Sarah telah selesai membaca jawapan abang . Jika Sarah telah membaca jawapan abang , jika Sarah puasa hati dengan semua jawapan ini , dan tetap inginkan abang tinggal di rumah ini , tolong bukakan pintu rumah kita . Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Sarah . Tetapi , jika Sarah tidak puas hati , sayangku.... Biarkan abang mengemaskan barang-barang abang , dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu , Percayalah , bahagia abang bila Sarah bahagia"

Saya terpegun , segera mata memandang pintu yang terkaup rapat . Lalu saya segera berlari membukakan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya . Oh ! Kini saya tahu , tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya . Itulah cinta , di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati ke hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan . Maka cinta itu telah hadir daam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini . Cuba kita ambil iktibar dari cerita ini . Nukilan ini di petik daripada kisah seorang hamba Allah . Dan kisah ini tidak ada kene mengena yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia .

Love : DLS

Monday, October 4, 2010

Sis Illy Engagement



Pada Ahad , 3/10/2010 , akak kami telah di tunangkan bersama cikgu Fadhil . Hhehehehe . Mlm tu plan nak g pagi , about 9 smething but aku bgn lmbat -.- Dorg call aku bnyk kali but aku tk sedar lgpun aku charge phone . And after tersedar tu , aku terus mandi , then tggu nik kt giant without any makeup . Errr mcm muka sakit je aku tgk . Then kami bertolak about 10 smthing . Tggu ddy di tol ,then grak ngan dia and along with kak Qaseh . Oh ya , pada hari tersebut jugak , ddy telah bwk mummy baru . HHAHAHA , shes so crazy , happy go lucky , friendly , easy going ;) weeeeeeee , okaylah . And bila dah sampai sne , terus msk bilik kak illy . Canttik sungguh kak illy , dengan baju pink die . Awww so sweet . Heee , smntara tunggu mereka selesai di bwh kami bergossip lah kan. Mia , Nik ,Kak qaseh and Mummy . Best dpt berkongsi cerita dgn org yg dh bnyk pengalaman and dpt mengeratkan hubungan :) Selesai je majlis , kami terus pergi ke Club House , ade shoot for them . Agk lama di situ and kami pun tidak melepasakan peluang bergambar . Hahhaha tau2 jelah , itu kan partime kami :) Next station kami , ke Alamanda . Dengan berbaju kurung nye . Heeee , lepak mcd jap then abg Fadhi belanja karaoke . Weeeeeee , karaoke smpai tak igt dunia . Hhahhaa , padahal esok aku ade paper LK , aduhhh ! Tkpe bukan slalu mcm nie . Balik tu ddy hantar , and spnjg perjlanan blik tu kami asyk bergossip je . Hahhaha , apa2 pun i`ve a lot of time with them even tired sgt2 . Btw , Selamat Bertunang to sis illy :)
Love:DLS