Tuesday, November 30, 2010

My Girls

Nik Amirah . Mia Amira . Tengku Iffa Orencia


Serious korg mmg fun and penting dalam hidup aku . Korang dah jadi sebahagian dalam hidup aku . Thnks to god , sebab ada kawan yg macam korg . Otak gila . Gedik . Hahahaha .Baik . Fun . Memahami . Cantik . Pandai . Ceh puji geng nmpak . Hahaha , hakikatnya memang begitu .

Nik Amirah . Haa si budak blur ? Hahaha . Dia ni dlm geng kiteorg dia yang plg excited . Semangat setia kawan dia mmg bagus . And aku suka kawan ngan dia . Kenal dia dari darjah 6, padahal sama sekolah rendah , tp rapat time darjah 6 pulak . Hahaha . Time dulu , dia nia ala-ala tomboy kot .Time tu aku ngan dia rock , dressing nak mcm lelaki je . Hahaha . Naik sekolah menengah je , kami dah berubah . Aiceceh , tp perangai still sama .Tak pernah cover cun kat sekolah , sbb maybe tak cun , maybe humble . Hihihihi . Form 1 and Form 2 aku sama kelas . Then naik form 3 , aku naik kelas la kan . Maybe pandai sikit dari Nik :) Tapi tu tak penting pun , yang penting sebuah persahabatan yang terjalin . Heee , Nik ? Dia seorang yg berdikari jugak la , tp susah nak bawak berbincang . Dia ni kuat melenting and pantang ajak gaduh . Luaran nmpk brutal , tp dalam hati ada TAMAN . Hahaha . And 1 perangai dia yang annoying sangat , bila org cakap je , mesti dia tak dgar and blur .Lepas tu bila org story blk , sibuk nak tnye Sape ? Bila ? Oooo korang tak pernah cita kat aku kan . Padahal ? Dia juga photographer peribadi kami . Dia sngat minat dgn bidang photography ni . Even dia pakai camera compact , tp gmbar dia semua cun . I'm proud with you syg . Aku harap kau dpt capai apa yg kau hendak dri sekolah lg . Kau nak ada studio sendiri , and at the same time jd MUA (makeup artist) . Amin . Ha lg 1 , klu time dia tengah berckp , tak kira la apa topic pun mesti dia akan pandang aku then ckp 'kan Ain kan?' Hahaha , seolah-olah every single word nak aku confirmkan . So funny la you . When naik form 5 , ehem ehem dia dah berubah sikit . Jd lebih matang dan bersifat lebih keperempuanan . Alhamdulillah . Hope kau dpt bf yg boleh jaga kau dgn baik eh ? Hihihi . LOVEYOUSOMUCH !!


Mia Amira . Si budak plg kecil dlm geng kami . Hihihi , jgn marah syg . Dia ni antara kwn aku yg rapat . Aku mula kenal dia form 3 . And time tu pun Nik yg ajak dia masuk geng kiteorg . Duluaku kurg minat ngan dia ni , sbb dia ni budak baru lg 1 ntah la . Hahaha , patu lama kelamaan haaa amik kau close gila . Dia ni matuared , senang bawak berbincang. Tp once dia dh menyampah org , amik kau . Hahaha . Ayat dia semua pedas . Dia cun ,dia putih . So ramai minat dia :) Dia juga suka bg pandangan yg baik . Tak kira la apa pun . About dressing or attitude . Dia ni pulak , plan nak ambik fashion designer . So i will support whatever she take . And aku harap dia berjaya and aku boleh la jd model dia. Hihihi . Mia ni , dia seorg yg cool , gila-gila . Dia follow je ape kiteorg buat and tau jage perasaan kawan . Aku rasa aku tak pernah gaduh ngan dia ni , adelah kot skali . Ohh that time sedih gila . Smggu babe , tak berckp ngan dia . At last aku bg tau jugak asal aku tk tegur dia . Hehehe , hope nnt dia dpt bf yg MORE BETTER . Cuma kesabaran je yang penting . Yelah kite student lg . So , mmg tak lyk pun nak fikir about LOVE . Btw Mia , ILOVEYOUTOOMUCH ! Seriously .


Tengku Iffa Orencia . Si gadis yang bnyk mulut and pot pet pot pet . Hahaha, bnyk sgt aku nak tulis pasal dia . Sbb dia partner lesboo aku . Hahaha . Dia ni aku kenal since form 2 , time tu aku kan smpai awal and terus lepak kat kantin sementara tggu Nik dtg , then ada dia ni . So aku lepak jelah , dia ajar aku math pulak . Hehehe , thanks iffa :) Dia suka merepek mcm aku , otak gila , budak yang ganas tapi ade pendirian yg tetap . Aku suka dengan cara dia . Dia juga seorg budak yg pintar la kan . Clss 1st dri dulu smpai sekarang . Dia juga seorg yg berani . Dia tak too serious , always buat lawak bodoh dia tu. Hahaha . Ayat 'maybe' always ada dlm every word yg nak di ckp kan . Iffa jugak ke-2 tinggi di dlm geng aku . Dia suka sukan , cm aku jugak . Kami msuk lompat tggi bersama . Elok sje , aku dpt num 2 , dia num 3 . Hahaha . Best gila time tu . Hbs tudung terbukak . Sbb ganas sgt . Ahahaha . Dia pulak nak sgt jd Farmasis . Maaf iffa . Terpksa eja dlm BM , sebab aku tk reti eja . Heee , English dia sgt gempak . And thats why dia amik English Lit . Brilliant sgt katakan . She love to play around . Love ? No comment . Hhehehe , same like Mia and Nik , i wish you stay with your lover bebeyh .
IDOLOVEYOUGILA-GILA IFFA !

Thursday, November 25, 2010

Ne-Yo and Bruno Mars


Bruno Mars ? Same like Ne-yo. Suara Mantap . And lebih kurang Ne-Yo je . Aku suka gilaaa dia weh . And here his song : Talking to The Moon , Who is , Just The Way you Are , Rest Of My Life ,Grenade , Run away Baby , Nothing On You , Marry you , All she knows , Count On Me , Her world Goes On , Our first time , The lazy song , Again , Dream taker , Starting today , All about you , Dancing In the Mirror . So have fun <3

Ne-yo ? Oh My Gucci . I do love him . Gila best when dengar lagu-lagu dia . Serious semua nya mmg makan dalam . Wah . Hahahaha , dia ni mcm appriciate girl gila-gila punya . Dahla pandai dance and suara pun bukan main sedap lagi . One day , hope i can meet him and give a big hugs ^^ Opsssyyyy . Check out his song : Part Of The List , One in A million , Do yo , Single , Mad , Never knew I needed , Beautiful Monster , Better Today , Easy , Im in Love , Can we Chill , I know , In the Wayy , Miss Independent , Lie to Me , Over my Head , So sick , Together , Sexy Love , Because Of you , In the Way and banyak lagi <3



Monday, November 15, 2010

15 NOVEMBER 2010



Hanya zaman persekolahan saja yang mengajar erti sahabat dan remaja , Dan bila zaman itu berlalu nescaya ia takkan kembali lagi , Masa ini jua kita membawa haluan masing-masing , Mungkin sukar untuk kita bersatu kembali dalam 1 tempat sekecil bilik darjah , belajar , bergurau , kekantin , ke tandas bersama . . . Terbukti zaman pelajar adalah zaman remaja yang sangat sukar untuk di lupakan , Mungkin 1 hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman remaja dan persekolahan anda . .

Pada hari ni juga , kiteorg last menghadirkan diri ke perhimpunan . Yelah , lepas ni , tiada lagi nyanyian sekolah , dengar cikgu membebel pasal masalah displin pelajar , ponteng sekolah . Tiada lagi naik pentas untuk mengambil hadiah dari cikgu . Haih . Semuanya berlalu dengan pantas sekali . Semua orang terasa ingin hendak berhenti sekolah dengan cepat , bagi aku pulak , aku nak sentiasa bersekolah .

Lepas ni jugak , takdelah aku merasa nak naik van lagi , yelah sebab aku g sekolah naik van . Mesti rindu dengan Pak cik Van . Dia dah lah sporting . Hehehe .

Bila pagi-pagi pulak , aku akan rindu apabila turun je dari van , mesti jumpa Mia and Nick dulu kat 7e . Hehehe , pukul 7 dah terpacak depan 7e tunggu aku . Ya allah weh , sumpah aku rindu doh nanti :( Bila dah berjumpa je , mula lah , pagi-pagi dah ada gossip . Dan kami akan bercerita sepanjang nak masuk ke sekolah . Bila dah sampai dalam sekolah pun tak hbs lgi . Hahhaha tk tau lah apa yang seronok sgt bercerita :p

Then kami akan rindu jugak , makan dekat kantin . Mana taknya , kami lah kumpulan perempuan yang mkn nasi di sekolah weh ! Hahahaha takde nak cover-cover . Errr poyo je yg cover tu . Tp kami belasah je, dan time tu semua org akan pandang kami . Hhahaha maybe makan comot ? Arghh peduli ape aku , bukan mintak duit kau pun nak beli makanan . Hahaha

Bila dah hbs rehat , kami naik tangga dengan senang hati . Yelah lepas mkn , perut kenyang so suka lah hati . Hhahaha , gelak mcm org gila . Tak ingat dunia :P Lepas tu , lepak ngan dorg semua depan class aku (geng akulah) . Mula lah si Bob akan mengacau salah seorg dari kami . Baling ais lah , cubit lah .Hahaha tapi takpe , tu semua dah biasa :)

Yang paling akan aku rindu , kacau budak junior weh ! agaggaa , then bila dorg dah menyirap dengan kiteorg , mesti dorg akan bagi tau cikgu kaunseling , then mula lah muka kami di hadapkan ke cikgu dan di beri kaunseling ! Hahaha , damn funny . Adoi .

Tak lupa juga , budak class aku yang paling gila ah . Sumpah dorg memang perangai sama mcm aku . Even class num 2 , tp masyaallah . Smpaikan cikgu pun menyampah nak masuk class kiteorg sebab dia tak suka . Hahaha , tp kami ade time sgt lah baik ( ehem puji diri pulak en ) Tapi apa-apa pun aku syg gila dengan 5Af . Korg mmg best :)

And to my geng , lepas ni korg mesti akan sambung study kat mana-mana . Dan time ni kita kan buat haluan kita msing-masing :( Jarang sgt dpt berjumpa . Ya Allah , sedih nye aku nak pisah dengan korg weh . Lepas ni aku mesti akan rindu gelak Nik and perangai dia yang blur tak sudah tu , Mia my syg also im gonna miss you baby , Iffa otak gila , kau memang geng aku . Tapi gila-gila pun korg semua pandai , so baguslah :) To boboys , awww ahhahha aku pun akan rindu korg . Bobby , akmal , reza and also Zaim .

Harap , kita berjaya ye :) sampai ke menara gading tau , kalau tak dpt , kau try je dptkan . Hahaha . Last but not least, aku nak korg tau yang aku sygggg korg sgt2 . Serious ! Just harap , korg takkn lupa every moment yg kita pernah lakukan bersama okay ?

Love: dls .

Monday, November 8, 2010

Hari Kehancuran


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Wednesday, November 3, 2010

My birthday

Today genap saya berumur 17 tahun . Wahhh , makin membesar lah saya :) Terima kasih di ucapkan kepada bonda tercinta , Ainurmala bt Saini dan ayahanda ku yang telah kembali ke rahmatullah , Hj Ishak Bin Hj Abu Samah . Tanpa mereka saya tidak akan melihat dan lahir di bumi ini . Dan sampai ke hari ini , saya amatlah bersyukur kerana panjang umur dan boleh menyambut ulang tahun yang ke-17 .

Tidak lupa juga kepada rakan karib Nik , Mia , Iffa , Akmal , Bobby , Zaim and Reza, I love you all . Thnks sebab celeb birthday . Even tak sambut gila-gila , cuma karaoke je , bagi aku itu cukup indah sekali :) And i hope our friendship stay longer . Terima kasih juga kerana telah menjadi sebahagian daripada hidup aku . Korg memang best ! mmwwwhhsss .

Dan pada tahun ini juga , kami terpaksa bekerja keras lg kerana kami bakal menghadapi peperikasaan SPM . So good luck all of you . Semoga Allah permudahkan kita menjawab kelak , dan juga ingat segala yang telah di ajar oleh guru . Amin . Ohh ya , thnks juga kepada rakan-rakan di facebook yang dh wish my birthday . Thnks sgt-sgt . Hehehhee happy gila bila dapat ramai wish :) Last but not least , i`m glad you always by my side wheter i`m happy or sad .

Love: DLS