Everybody need inspiration , everybody needs a soal ,a beautiful melody , when the night so long . Cause there is no guarantee , thats this life is easy , when my word is falling apart , when no lights to breakup the dark , when the waves are flooding the shore and i cant , find my way home anymore . Like the stars hold the moon , right there where they belong , And I know Im not alone . Cause i have my Family , gf and bf:)
Sunday, October 31, 2010
Netball
Pada 31.10.2010 , aku main netball at PJ . Alhamdulillahkami dapat tempat ke 3 drpda 24 team :) Rasa bangga gila , sebab banyak best team cos dorg ade yg main for state . And heba-hebat belaka . Time nak ke separuh akhir , kami kalah dengan 1 kumpulan ni . Pergghh GS dia lg tinggi dari aku , bayangkan , aku cuma tinggi paras bahu kot .
And sepanjang hari tu jugak , kami hanya kalah 1 game je dengan team td tu . Alaa itu pun klh tipis sangat 5-7 . Dan itu pun kami main tk push sgt sebab dah tau dia akan menang. Hhahaha sebab kat mne je ade game , ade lah muka dorg tu .
And prize die lumayan jugak lah , 1st dpt RM1500 , 2nd RM1000 and 3rd RM800 . Tapi di sebabkan kami ade 8 org je 1 team , dptlah hundred sorg . Hahahha sgtlah berbaloi dengan kulit aku yang makin rentung ni . Tapi aku tk pernah nak kisah dengan warna kulit aku :) Sebab ini semua demi sukan .
Dan antara player kami ialah , aku ,Benon , Nia , K,ju , K.Shira, Shahiba , Kak jaja , and ade sorg akak tu aku lupa . Heeee . Gabungan yang mantap lah jugak di antara kami , walaupun ade terselit budak sekolah sorg , aku lah tu . Hahhaha tapi kami berjaya di tempat yang ke-3 . Alhamdulillah . Apa-apa pun aku enjoy sgt :)
Love: Dls
Graduasi 2010
Hari graduasi ? Fuyoohh mcm dekat U pulak kan ? Hhahahaha actually untuk high school form 5 . Yelah kami kan bakal meninggal kan sekolah . Dalam pukul 1 aku gerak g umah iffa , then make up di sana . Sementara tunggu shida dan shuhada . Then kami agak lambat . Aku tolong make up kan shida . Fuyooo 'darling make up kan org ?' Hahahhaa . Jarang skali nak tgk aku make up kan org . But okaylah , nic for her :)
Then kami bertolak dalam pukul 2 lebih , naik bas dengan budak gila . Hahahha , sape lg my girls lah . Lama tk jumpa nik , dkt smggu kot . Rinduuuuuuuuuuuu :p Patu dh smpai sane kami kene pkai jubah la pulek , yelah nak naik ke pentas kan ? Nak cite pulak , time nak naik pentas tu , punya lah menggeletar 1 bdn , yelah kami kan tk penah berbuat sedemikian :) And boleh pulak pakcik yang nak bg sijil tu ckp kat aku mcm ni ' Tingginye awak ni' Hhahaha tkpelah pakcik , dh biasa dengar dah :)
Then bila dah hbs tu , dia mcm tunjuk video about us la . Nasihat guru , aktiviti2 spnjg form 5 . Haih , sedih siot nak tinggal kan sekolah . Yelah , lepas ni mana ada lg nak makan nasi kat kantin , rehat sama-sama , dengar cikgu membebel tp untuk kebaikan , gadoh ngan junior and kawan2 , 'pow' air nik , gelak tawa kami semasa naik or turun tangga , mana ada dah suara riuh kami menjerit mcm org gila . Haih semua tu akan menjadi kenangan yang abadi .
Aku tknk habis sekolah , aku nak sekolah je . Sbb apa , time sekolah la hidup senang . Tak pyh nak pk apa2 . Tp kene belajar je . Alah , tu simple je . Kalau dh keje ? Nak kene tanggung itu , ini . Banyak sgt masalah . Haih . Apa-apa pun aku bangga sekolah di SMK LEMBAH KERAMAT , even org ckp sekolah kiteorg nie ' sekolah boyan' . Bg aku tu semua tk penting , yang penting otak kita , sbb ilmu semua sama je . Apa-apa pun , good luck to all SPM candidates :)
Love: DLS
Friday, October 29, 2010
Pengorbanan
220850.27.10_u
Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..
Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..
Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..
Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.
Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.
Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.
Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.
Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..
Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.
Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!
Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..
Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..
Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??
Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!
So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..
Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??
Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.
Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!
Aku buntu..
Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.
Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..
Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!
1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.
*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?
4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?
Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.
Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”
Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..
Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..
(T.T)
Di petik dari facebook, dan sekadar ingin berkongsi dengan anda semua :)
Love;DLS
Wednesday, October 20, 2010
Rabu
Kami di hantar oleh teacher Umi , ke SMK DARUL EHSAN .
Dalam pukul 8.30 kami sampai dan terus membuat pendaftaran . Sesi bermula pada pukul 9 sampai 11 . Itu seminar BM , then di ikuti dengan Math and Sejarah . Best plus aku ngantuk gila babss and takde mood . And aku takkan lupa kata-kata seorang penceramah tu 'Jangan jadikan status Anak Yatim sebagai alasan untuk tidak berjaya , sesungguhnya Anak Yatim telah di muliakan olehNYA` Thnks lah sebab bende nie memang menyedarkan aku sangat-sangat . And aku balik dalam pukul 6 . Pergh penat gila ,and terus online sebab nak share cerita untuk hari ni . And until now , im very upset and dissapointed . Haih And i keep listening Just The Way you Are when i feel sad , cos that song really meant for me :(
Love:dls
Sunday, October 17, 2010
Himpun Rantai
Friday, October 15, 2010
BF ??
And aku suka gila , kalau someone bg lagu kat aku , lg2 klu lirik tu mmg tepat dan padat . Lg lah aku akan always dengar je lgu tu tnpa rasa jemu . And aku suke klu die bg coklat or bunga , yelah dah itu mmg keinginan mana-mana perempuan :) Lg ? Aku suke time dia main2 rambut aku or akan belai kepala aku . OMG! Hahahaha , serious sweet doh klu someone yg mcm nie jd bf aku . Amboi bertuah la aku . Heeee , yelah aku hanya merancang tetapi yg Di Atas menentukanNya . Susah nk dpt lelaki yg ikhlas . Ade memang ade , tp kalau hati kate tidak ? Tkkn nak paksa right ? Itu sama je mcm kite bg janji2 palsu . Ape2 pun aku akan terus bersabar dan bawak status single nie until aku jumpa yg betol2 sesuai dengan aku . And aku tk mintak yg perfect, tetapi cukuplah setakat dpt membahagiakan aku and happy je beside him :) And im gonna love him like he love me too . Awwww . Hahahaha . Mudah-mudahan . Cepat atau lambat je, yang penting kitee kene sabar :)
Love;DLS
Kimora Lee Simmons
Kimora Lee Simmons (born Kimora Lee Perkins on May 4, 1975) is an American fashion model, author, and the president and Creative Director for Phat Fashions. Formerly the Creative Director of Baby Phat, Simmons became CEO of Phat Fashions after ex-husband Russell Simmons stepped down. A 2007 reality television show, Kimora: Life in the Fab Lane, focuses on her life as a mother and CEO of Phat Fashions. She has appeared in music videos and was a judge on the first season of America's Next Top Model. She was scheduled to return to the show as a judge starting with cycle 14, however, she changed her plans and will not return to the show as judge.
Early life
Simmons was born in St. Louis, Missouri and is of Asian and African American descent. Although her mother, Joanne Perkins, was born in Korea, she is Japanese. Perkins was adopted by an American serviceman during the Korean War and she now goes by her own mother's Japanese name, Kyoko. Her father, Vernon Whitlock Jr., is African American. He has worked as a Federal Marshal, a Social Security Administrator, and a barber in St. Louis.
Growing up in the northern St. Louis suburb of Florissant, Missouri, Simmons was the target of schoolyard bullying and teasing, because of her height (she was 5 feet, 10 inches tall by the time she was 10 years old) and mixed ancestry. To help Simmons, her mother enrolled her in a modeling class when she was eleven years old. Two years later she was discovered by Marie-Christine Kollock (a representative for seminal Paris Agency Glamour) at a Model Search in St. Louis (organized by Kay Mitchell) and sent to Paris. Simmons was awarded an exclusive modeling contract with Chanel and just after her thirteenth birthday, went to work under the tutelage of famed Chanel designer, Karl Lagerfeld.
Wednesday, October 13, 2010
Once Upon A Time
Kisah bermula apabila k.ju msg ajak ke Ayon Bistro katenye . Dhla time tu aku tgh update blog , nak tknk aku kene habiskan dan bawak lappy ke sana :) Dalam pukul 8 lebih nak dekat pukul 9 kami dah terpacul di sana . Dan setelah berborak , tkde bnde nak buat haaa amik kau . Hahahhaa , mulakan la aktiviti kami . Iaitu bermain dengan WC lappyku :) Then dah penat buat muke , masing2 pulang ke rumah pukul 10 . Perghh bila tgk balik muka sorg2 pecah perut nak gelak . Tp fun gila even lepak bodoh2 mcm tu :)
Love : DLS
Tanda-Tanda Kematian Seseorang
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka-mereka yang di kehendakinya . Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja . Tanda ini akan berlaku lazimnya selepasa waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil .
40 hari sebelum kematian :
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar . Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang bertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah . Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediannya ke atas kita sepanjang masa . Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi , mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika .
7 hari sebelum kematian :
Adapun tanda ini akan di berikan hanya kepada mereka yang di uji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan .
3 hari sebelum kematian :
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiiri . Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti . Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat di kesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi . Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam . Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan .
1 hari sebelum kematian :
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya .
Tanda akhir sebelum kematian :
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum . Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula .
Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5kali :
1.Aku rumah yang terpencil , maka akan sennag denagan selalu membaca Al-quran .
2.Aku rumah yang gelap , maka terangilah aku dengan selalu solat malam .
3.Aku rumah yang penuh tanah dan debu , bawalah amal soleh yang menjadi hamparan .
4.Aku rumah ular berbisa , maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya .
5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir , maka banyaklah bacaan Laa ilaa ha illallah , Muhammadur Rasulullah ? Supaya kamu dapat menjawabnya .
Sumber: Tausyiahislamiyyah
Love:DLS
Sunday, October 10, 2010
10/10/10
Hello :) This date was awsome day . My mum adelah buat mkn2 sikit for my bff . So agak penatlah tolong mak masak . Hheheeh tp tkpe , demi dorg kan . Actually sorry , buat nie pun no plan. Tggu dorg datang around 1 jugaklah . My girls arrived first then boys . After makan iffa nak balik awal -.-So die sorg je tk join kiteorg . Kiteorg g mandi waterfall dkt ngan my house . Even duduk dekat pun , jarang gila nak mandi . Air sejuk gila , yelah sbb baru lepas hujan . Mandi tak sampai 2 jam , tangkap gambar je lebih . Hhahaha , dah balik tu mereka makan for the 2nd time . Yelah , lepas mandi mestilah lapar . Petang tu Bobby , Reza , and Zaim balik dulu . Mia and Nik blk lmbt sikit . Anyway , this date bring a lot of happiness for me . Thnks <3
love:DLS
Friday, October 8, 2010
Aku dan Dia . . .
Saya merindui sat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya . Tetapi semua itu tidak pernah saya perolehi . Suami saya jauh berbeza dari apa yang saya harapkan . Rasa sensitifnya kurang . Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami , telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal . Suati hari , saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya , bahawa saya inginkan penceraian . "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut .
"Sarah letih , Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan ,"Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya , nampak seolah-olah dia sedang mengerjakan sesuatu , padahal tidak . Kekecawaan saya semakin bertambah , seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya , apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya ? Dan akhirnya dia bertanya .
"Apa yang abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Sarah?" Saya merenung matanya dalam diam-diam dan menjawab dengan perlahan . "Sarah ada SATU soalan , kalau abang temui jawapannya di dalam hati Sarah , Sarah akan mengubah fikiran Sarah ; Seandainya , Sarah menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung-gunung itu , abang akan mati. Apakah yang abang akan lakukan untuk Sarah ?"
Dia termenung dan akhirnya berkata , "Abang akan memberikan jawapannya esok . "Hati saya terus gundah mendengar responnya itu . Keesokan paginya , dia tidak ada di rumah dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan ,"Sayangku , abangku tidak akan mengambil bunga itu untukmu , tetapi izinkan abang untuk menjelasakan alasannya . " Kalimah pertama itu mengahncurkan hati saya . Namun , saya masih terus inign membacanya .
"Sarah boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor . Abang harus memberikan jari-jari abang supaya boleh membantu Sarah untuk memperbaiki program tersebut , "
"Sarah selalu lupa membawa kunci rumah ketika Sarah keluar , dan Abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu , dan membuka pintu untuk Sarah ketika pulang "
"Sarah suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Sarah kunjungi , abang harus mencari Sarah dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Sarah pulang ke rumah "
"Sarah selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Sarah datang setiap bulan , dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan mengurut kaki Sarah yang sengal itu "
"Sarah lebih suka duduk di rumah , dan abang selalu risau Sarah akan menjadi 'pelik' . Dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Sarah di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang abang alami"
"Sarah selalu menatap komputer , membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan Sarah. Abang harus menjaga mata abang agar ketika kita tua nanti , abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu "
"Tangan abang akan memegang tangan Sarah , membimbing menelusuri pantai , menikmati matahari pagi dan pasir yang indah . Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar indah seperti cantiknya wajahmu"
'Tetapi sayangku , abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati . Kerana , abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian abang . Sayangku , abang tahu , ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada abang mencintai Sarah . Untuk itu sayangku , jika semua yang telah di berikan oleh tangan , kaki , mata abang tidak cukup bagi Sarah, abang tidak akan menahan diri Sarah mencari tangan , kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Sarah" . Airmata saya terus jatuh ke atas tulisannya , dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi .
"Dan sekarang , Sarah telah selesai membaca jawapan abang . Jika Sarah telah membaca jawapan abang , jika Sarah puasa hati dengan semua jawapan ini , dan tetap inginkan abang tinggal di rumah ini , tolong bukakan pintu rumah kita . Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Sarah . Tetapi , jika Sarah tidak puas hati , sayangku.... Biarkan abang mengemaskan barang-barang abang , dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu , Percayalah , bahagia abang bila Sarah bahagia"
Saya terpegun , segera mata memandang pintu yang terkaup rapat . Lalu saya segera berlari membukakan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya . Oh ! Kini saya tahu , tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya . Itulah cinta , di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati ke hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan . Maka cinta itu telah hadir daam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini . Cuba kita ambil iktibar dari cerita ini . Nukilan ini di petik daripada kisah seorang hamba Allah . Dan kisah ini tidak ada kene mengena yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia .
Love : DLS
Monday, October 4, 2010
Sis Illy Engagement
Pada Ahad , 3/10/2010 , akak kami telah di tunangkan bersama cikgu Fadhil . Hhehehehe . Mlm tu plan nak g pagi , about 9 smething but aku bgn lmbat -.- Dorg call aku bnyk kali but aku tk sedar lgpun aku charge phone . And after tersedar tu , aku terus mandi , then tggu nik kt giant without any makeup . Errr mcm muka sakit je aku tgk . Then kami bertolak about 10 smthing . Tggu ddy di tol ,then grak ngan dia and along with kak Qaseh . Oh ya , pada hari tersebut jugak , ddy telah bwk mummy baru . HHAHAHA , shes so crazy , happy go lucky , friendly , easy going ;) weeeeeeee , okaylah . And bila dah sampai sne , terus msk bilik kak illy . Canttik sungguh kak illy , dengan baju pink die . Awww so sweet . Heee , smntara tunggu mereka selesai di bwh kami bergossip lah kan. Mia , Nik ,Kak qaseh and Mummy . Best dpt berkongsi cerita dgn org yg dh bnyk pengalaman and dpt mengeratkan hubungan :) Selesai je majlis , kami terus pergi ke Club House , ade shoot for them . Agk lama di situ and kami pun tidak melepasakan peluang bergambar . Hahhaha tau2 jelah , itu kan partime kami :) Next station kami , ke Alamanda . Dengan berbaju kurung nye . Heeee , lepak mcd jap then abg Fadhi belanja karaoke . Weeeeeee , karaoke smpai tak igt dunia . Hhahhaa , padahal esok aku ade paper LK , aduhhh ! Tkpe bukan slalu mcm nie . Balik tu ddy hantar , and spnjg perjlanan blik tu kami asyk bergossip je . Hahhaha , apa2 pun i`ve a lot of time with them even tired sgt2 . Btw , Selamat Bertunang to sis illy :)
Love:DLS