SPM . Hm tahun ni jugak lah aku mengambil peperiksaan besar babe . SPM tuuu . Hihihi . Tapi aku mcm buat takde exam je . Yelah aku lebihkan bersukan dari belajar . Awal tahun je , busy dengan netball , netball dan netball . Then bila dah habis wakil sekolah , lawan daerah pulak . Elok saja , habis je game tu , aku exam Mid Year . Haaa parah gila result aku , serious aku pun terkejut , 5 failed :'( Tu la nak buat mcm mana , aku pun tak stdy lgsg , takkan nak 5A pulak en . Huh , Impossible sgt . And now tengah menunggu result yang tak berapa pasti tu . Harap semuanya okay . Dapatlah aku melanjutkan pelajaran ke Universiti yang diidamkan oleh semua .
Netball . Haa tahun ni jugak , aku banyak tournament . Tak kisah di mana jua aku mesti ade . Ade sekali tu , coach aku nak hantar g Johor , sebab ada Metro Open Netball , aku memang dah beria sangat nak pergi . Atlast mak aku pulak tak bagi , sebab nak dekat sangat SPM , so tak dpt pergi , sedih gila time tu . Nangis kot ! Hahaha . Wakil sekolah and Daerah untuk tahun yang terakhir . Alahai , sedih sangat . Hm . Tapi rasa bangga sangat , sebab aku bertuah dapat jd wakil selama 3 tahun berturut-turut . Alhamdulillah :)
Next , cite pasal kawan . Okay , banyak sangat konflik yang berlaku . Hahaha , suka , duka , tawa , manis . Haih semua kami alami . Tak semestinya sesuatu hubungan tiada persengketaan . Betul tak ? Ceh ayat BM aku , A+ . Haha . Banyak la , aku dah belajar dari dorg . Thnks ah weh , sebab jd kawan yang baik untuk aku . Serious happy gila dapat kawan yang otak sama gila ngan aku . Hahaha . And ramai jugak org yang jealous ngan kita , sebab kita ni kwn RAPAT sgt dah mcm gf and bf . Yelah ngam je kita 4 boys and 4 girls :) ILOVEYOUALL .
BF . Tahun ni aku couple sekali je . Itupun 2 minggu dengan Ex boyfie aku . Haih , apelah dia tu . Aku harap dia akan berubah la . And sampai hari ni aku still single . Wow . Hebat sangat . Aku rasa freedom weh . Tapi sometimes jealous kot tgk org dating . Tapi apakan daya . Chill kay Darling ? Kau ada kawan kawan . Bf ? Kalau panjang umur , jodoh ada la tu en . Mls nak pk sgt . Better jadi kawan , so taklah sakit sangat en :)
Tahun ni ? Aku boros la jugak oh . Hm asyk beli baju je en , Kasut lg . Haih . Selamat la guna duit aku , bukan semuanya mintak kat mak aku . So takdelah payah sangat . Hahaha . Jyeah I love shopping ! Lagi lagi apabila bergabung kuasa dengan Iffa , Mia and Nik . Sangat la best . Kami suka ke BB, barang dia pun murah , and also uptodate fashion dia . And kami bukan la pentingkan jenama sangat . Tapi kasut , Nose and Vincci banyak collection . Hihi . Kalau aku dah keje , wah lg best shopping . Hahaha .
31.12.2010 . Genap la usia arwah ayah ke 58 tahun . Dah hampir 4 tahun ayah pergi meninggalkan kami untuk selamanya . Hm , semoga roh ayah di cucuri rahmat , di ampunkan dosa dan di tempatkan di sisi orang orang yang beriman . Amin . Al-fatihah . Ain sayang ayah sgt . Kalau ayah masih hidup , mesti ayah akan suka tengok Ain berjaya dalam bidang sukan dan menjadi seorang anak yang lebih berdikari dan matang :'(
Apa-apa pun , aku bersukur sangat di panjangkan umur hingga ke 2010 . Dan berharap agar hari hari yang mendatang akan lebih sempurna . Dan jadikan pengalaman yang lepas sebagai iktibar untuk menjadi orang yang lebih matang dan berfikiran luas :) Bye bye 2010 .
Love : DLS
No comments:
Post a Comment